Entry: Sembang Politik Thursday, February 05, 2009



Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. " Ali 'Imran , 26.

Melihat kepada perkembangan politik tanahair yang berlaku cukup memualkan. Pemimpin yang tidak mempunyai pendirian, dimanakah maruah dan harga diri mereka diletakkan? Sanggupkan mereka berhadapan dengan masyarakat yang terang-terang telah mengetahui peribadi mereka? Kegawatan politik semakin menjadi-jadi. Kenapa semua ini berlaku disaat masyarakat menerima perjuangan Islam. Dek keadaan ini timbul perasaan hampa diatas permainan politik mereka. Berfikir sejenak, hanya tiupan semangat positif ditimbul...Kita panjatkan doa kepada yang Maha Esa, serahkan kepadanya, tentu ada hikmah disebalik semua yang berlaku ini.

"Bersabarlah sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar"

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments