Entry: Idul Adha Monday, December 22, 2008



Rasanya baru ajer Idul Fitri berlalu, dah nak merayakan Idul Adha pulak...

DSC02225.jpg picture by niazor

Kalau pada tahun lepas, saya & keluarga terpaksa beraya dalam keadaan banjir melanda, dimana rumah kediaman kami dikepung dek air sungai yang telah melimpah tebing (bah le namanya tu), Justeru itu, kami sekeluarga tidak dapat bergerak kemana-mana, malah nak balik beraya di kampung halaman pun tak dapat, pada tahun ini, awal-awal lagi saya sudah menghantar isteri dan anak-anak balik ke kampung. Lagipun anak-anak sekarang sedang menikmati cuti akhir persekolahan mereka.

DSC07413.jpg Hari raya korban di BBB image by Ayahatok

Alhamdulillah, Idul Adha kali ini, adik perempuan saya telah berniat untuk melakukan korban bagi keluarganya. Pada mulanya ibadah ini hampir-hampir dibatalkan kerana lembu yang telah ditempah mengalami penyakit 'kaki dan mulut' tapi dengan izinNya, tuan punya lembu tersebut berusaha menggantikan lembu yang berpenyakit tadi dengan lembu baru. Maka terlaksanalah hasratnya kali ini.

Tidak banyak aktiviti yang dilakukan pada Idul Adha kali ini, selain dari bertungkus lumus dalam menjayakan ibadah korban ini, ayahnda saya pula mengalami gering. Sehingga artikal ini ditulis, deman beliau masih belum sembuh. Kami adik-beradik masing-masin risau, justeru itu saya panjangkan cuti tahunan saya bagi tempoh 2 minggu bagi menjaga dan melihat kesihatan ayahnda. Doa yang sentiasa dipanjatkan kepada Illahi moga beliau akan kembali pulih seperti sediakala. Amin...amin...amin.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments