|
Mulai dari pertengahan tahun hinggalah ke ahkir tahun ini, keluarga saya agak sibuk sedikit. Apa tidaknya... terdapat 3 orang yang melangsungkan perkahwinan dan secara langsung akan menambah bilangan ahli keluarga iaitu penambahan abang ipar, anak saudara ipar dan adik ipar...
03 OGOS 2008 Perkahwinan kakak ipar Ramlah Mat Zain
Setelah perkahwinan yang pertama gagal diteruskan pada usia perkahwinan hampir menjejah 1 tahun dan beliau sempat dikurniakan seorang cahaya mata yang kini telah berusia 9 tahun, kakak ipar saya sekali lagi dilamar oleh jejaka bujang. Tanpa banyak berfikir, beliau langsung menyambut lamaran tersebut. Majlis telah diadakan di PAKR, Kuala Tembeling.
Pada 9 Ogos 2008, majlis bertandang ke rumah mertua (menyambut menantu) pula diadakan di Kg. Balak, Kuala Tembeling.
....dapat abang ipar
16 OGOS 2008 Perkahwinan anak saudara Puteri Jasila Suhana

Pengantin perempuan adalah merupakan anak sulung kepada kakak kedua saya yang menetap di Temerloh. Ini juga merupakan anak saudara yang pertama kami dan Insya Allah, jika ada rezeki, tahun depan, bakal bergelar datuk le pulak.
Majlis menyambut menantunya baru sahaja diadakan pada 14 Disember 2008 yang baru lalu di Subang, Selangor.
....dapat anak saudara ipar
25 OKTOBER 2008 Perkahwinan adik bongsu Wan Rohila

Pada tanggal ini, ketujuh-tujuh adik-beradik kami telah mempunyai keluarga memasing, menjadikan satu keluarga yang agak besar (7 adik-beradik, 7 abang, kakak dan adik ipar, 14 besan & 23 anak saudara).
....dapat adik ipar
 Pengantin, emak, adik-beradik, isteri & sebahagian anak saudara yang mengujudkan keluarga yang besar, bergambar kenangan.
Moga keluarga yang dibina akan menghasilkan keluarga yang sakinah dan memperolehi zuriat yang soleh dan solehah sebagai pelengkap kehidupan. Amin.
|