AWaS
e-mail : niazor@yahoo.com;
IM ID Yahoo : niazor
Persatuan Rekod Perubatan Malaysia (PRPM)
PROMOSI TART NENAS
GAMBAR ANAK-ANAK Create Your Own
Blog Wajib Dilayari
Isu Hangat
Pinkturtle
Berita Harian
Utusan Malaysia
Harakahdaily
Blog Kekawan
Kida & Anim, Kuala Lumpur
Muslim, Kuala Lumpur
Dona, Kuala Lumpur
Agung Kriswantoro, Jakarta
Sayurr, Solo
Joell De Franco, Jogjakarta
Munandar Setiawan, Samarinda
Laksono, Palangka Raya
Ocha, Kuwait
Mas Akhi, Jakarta Selatan
Saifurrahman, Palembang
Wahyuddin, Mekassar
Adik Maisarah
Athy, Singapura
KOLEKSI NASYID PILIHAN
|
 |
| |
Saturday, February 07, 2009 |
TEMBELING, artikel ini akan memaparkan satu nama iaitu TEMBELING tapi berbeza dari lokasinya. Dari nama sebuah kampung yang terletak dipendalaman, namanya kini gah dan masyhur di bandar besar dan ibukota.
 Kuantan TEMBELING Resort yang terletak di Pantai Tanjung Tembeling, Kuantan menjanjikan satu penghinapan yang romantis dan nyaman dengan pemandangan laut yang membiru terbentang luas.
 Pantai Tanjung TEMBELING yang terletak di Kuantan, Pahang merupakan tempat merehat minda dari tekanan kerja dan kehidupan seharian.
 Jalan TEMBELING terletak di Kg Baru, Kuala Lumpur
 Kompleks Pelancongan Kuala TEMBELING, terletak di pekan Kuala Tembeling, Jerantut merupakan pintu masuk bagi pelancong yang ingin menikmati suasana kehijauan dan hutan rimba yang berusia ribuan tahun. Perjalanan menyelusuri sungai Tembeling dengan menaiki bot/ sampan panjang memberikan satu pengalaman yang berbeza.
Posted at Saturday, February 07, 2009 by AWaS

Gambar gerhana matahari ini dirakamkan di Pekan pada petang 26-01-09 jam 5.45 sekembalinya kami sekeluarga dari Jerantut. Fenomena ini amat menakjubkan dan jarang berlaku kerana bumi bergerak diatas orbit yang mengelilingi matahari sementara bulan pula mengelilingi bumi diatas orbitnya sendiri. Mendapat maklum mengenai kejadian ini melalui siaran radio jam 1.30 tgh semasa dalam perjalanan pulang dari menziarahi orang tua di kampung dengan meyelusuri Lebuhraya Pantai Timur.
Fenomena ini telah dilihat oleh kami sekeluarga dari dalam kereta dan saya sempat singgah sebentar bagi merakamkan gambar ini. Anak-anak begitu teruja sekali dapat melihatnya.
Posted at Saturday, February 07, 2009 by AWaS
| |
Thursday, February 05, 2009 |
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. " Ali 'Imran , 26.
Melihat kepada perkembangan politik tanahair yang berlaku cukup memualkan. Pemimpin yang tidak mempunyai pendirian, dimanakah maruah dan harga diri mereka diletakkan? Sanggupkan mereka berhadapan dengan masyarakat yang terang-terang telah mengetahui peribadi mereka? Kegawatan politik semakin menjadi-jadi. Kenapa semua ini berlaku disaat masyarakat menerima perjuangan Islam. Dek keadaan ini timbul perasaan hampa diatas permainan politik mereka. Berfikir sejenak, hanya tiupan semangat positif ditimbul...Kita panjatkan doa kepada yang Maha Esa, serahkan kepadanya, tentu ada hikmah disebalik semua yang berlaku ini.
"Bersabarlah sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar"
Posted at Thursday, February 05, 2009 by AWaS
| |
Tuesday, January 13, 2009 |
 "Sukacita dimaklumkan anda telah ditawarkan belajar di TAHUN EMPAT, Sekolah Indera Shahbandar Pahang (SISP) Tahun 2009 di SMK Seri Pekan"
…itulah petikan dari perenggan pertama, surat dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang yang telah dialamatkan ke anak sulung saya yang akan memasuki tahun 4 bagi tahun 2009 ini.

Abang Azim begitu gembira dengan berita tersebut. Memang itulah hajat hati beliau untuk menyambung pelajaran di sekolah SISP. Berbagai berita dan khabar mengenai sekolah tersebut telah beliau dapati, baik dari rakan-rakan maupun dari pihak sekolah.
Dalam hati pula timbul perasaan berbelah bagi, antara gembira dan gusar.
Gembira kerana anak saya adalah diantara pelajar yang telah lulus dari seramai 168 pelajar tahun 3 yang telah menduduki peperiksaan yang telah dijalankan oleh JPN Pahang pada tahun lepas. Dari jumlah tersebut hanya 60 orang pelajar saja terpilih yang rata-ratanya dari datang dari daerah Kuantan, Rompin dan Pekan sendiri.
Perasaan gusar dan sayu timbul apabila memikirkan diusia sebegini, anak perlu meninggalkan kita selaku orangtua bagi menimba ilmu buat bekalan kehidupan mereka kelak.
Tegakah kita melepaskan anak diusia yang terlalu mentah untuk tinggal di asrama bersama rakan pelajar rakan yang lain?...yang sudah tentunya mereka-mereka itu lebih berusia daripadanya (Tahun 5 hingga ke Tingkatan 5). Satu alam yang begitu berbeza untuk dilalui. Relakan kita melepaskan anak diusia 9 tahun untuk berdikari dalam melakukan rutin kehidupan hariannya kelak?
Mengimbau kembali saat saya meninggalkan ibubapa duhulu, dimana ketika itu saya telah berusia 16 tahun apabila ditawarkan memasuki Sek Teknik Kuantan pada tahun 1983. Ye usia 16 tahun adalah usia yang telah matang yang boleh membawa diri pada suasana persekitaran tidak saya rasakan pada usia anak saya ini.
Walaupun berat, demi masa depannya saya gagahkan juga menghantarnya mendaftar ke sekolah tersebut pada tanggal 07-01-2009 yang lalu. Kini setelah seminggu, beliau berada di sekolah tersebut yang jaraknya tidaklah jauh iaitu sekitar 5 km saja, namun perassan sunyi mula dirasai. Walaupun pihak sekolah memberi kelonggaran kepada mereka bagi 2 bulan pertama ini, mereka dibenarkan pulang (balik kampung) setiap minggu.
Ketiadaannya dirumah amat dirasai kerana selaku abang sulong beliau banyak membantu tugasan mengajar dan mendidik adik-adik beliau baik dalam pelajaran quran maupun tugasan sekolah adik-adiknya.
Kini sampai masanya anak-anak keluar meninggalkan kita selaku ibubapa bagi mereka meneruskan kelangsungan hidup bagi melanjutkan pelajaran, tinggallah ibubapa dan adik-adik yang lain dirumah. Begitulah juga yang dialami oleh ibubapa kita dahulu. Mengenang kembali keadaan ini, teringat saya kepada kedua orangtua, begitu jugalah perasaan mereka dikala anak-anak mereka meninggalkan mereka seorang demi seorang baik untuk melanjutkan pelajaran, bekerja maupun berumahtangga.
Untuk anakku Azim, ayah cuba memberi yang terbaik kepada kamu dan adik-adik terutamanya dalam pendidikan dunia dan akhirat. Tiada harta yang lebih berguna untuk kehidupan kamu kelak kecuali ILMU PENGETAHUAN. Maka berusahalah bersungguh-sungguh mengejar untuk mencapainya.
Posted at Tuesday, January 13, 2009 by AWaS
| |
Monday, December 22, 2008 |
Rasanya baru ajer Idul Fitri berlalu, dah nak merayakan Idul Adha pulak...

Kalau pada tahun lepas, saya & keluarga terpaksa beraya dalam keadaan banjir melanda, dimana rumah kediaman kami dikepung dek air sungai yang telah melimpah tebing (bah le namanya tu), Justeru itu, kami sekeluarga tidak dapat bergerak kemana-mana, malah nak balik beraya di kampung halaman pun tak dapat, pada tahun ini, awal-awal lagi saya sudah menghantar isteri dan anak-anak balik ke kampung. Lagipun anak-anak sekarang sedang menikmati cuti akhir persekolahan mereka.

Alhamdulillah, Idul Adha kali ini, adik perempuan saya telah berniat untuk melakukan korban bagi keluarganya. Pada mulanya ibadah ini hampir-hampir dibatalkan kerana lembu yang telah ditempah mengalami penyakit 'kaki dan mulut' tapi dengan izinNya, tuan punya lembu tersebut berusaha menggantikan lembu yang berpenyakit tadi dengan lembu baru. Maka terlaksanalah hasratnya kali ini.
Tidak banyak aktiviti yang dilakukan pada Idul Adha kali ini, selain dari bertungkus lumus dalam menjayakan ibadah korban ini, ayahnda saya pula mengalami gering. Sehingga artikal ini ditulis, deman beliau masih belum sembuh. Kami adik-beradik masing-masin risau, justeru itu saya panjangkan cuti tahunan saya bagi tempoh 2 minggu bagi menjaga dan melihat kesihatan ayahnda. Doa yang sentiasa dipanjatkan kepada Illahi moga beliau akan kembali pulih seperti sediakala. Amin...amin...amin.
Posted at Monday, December 22, 2008 by AWaS
| |
Sunday, December 21, 2008 |
Mulai dari pertengahan tahun hinggalah ke ahkir tahun ini, keluarga saya agak sibuk sedikit. Apa tidaknya... terdapat 3 orang yang melangsungkan perkahwinan dan secara langsung akan menambah bilangan ahli keluarga iaitu penambahan abang ipar, anak saudara ipar dan adik ipar...
03 OGOS 2008 Perkahwinan kakak ipar Ramlah Mat Zain
Setelah perkahwinan yang pertama gagal diteruskan pada usia perkahwinan hampir menjejah 1 tahun dan beliau sempat dikurniakan seorang cahaya mata yang kini telah berusia 9 tahun, kakak ipar saya sekali lagi dilamar oleh jejaka bujang. Tanpa banyak berfikir, beliau langsung menyambut lamaran tersebut. Majlis telah diadakan di PAKR, Kuala Tembeling.
Pada 9 Ogos 2008, majlis bertandang ke rumah mertua (menyambut menantu) pula diadakan di Kg. Balak, Kuala Tembeling.
....dapat abang ipar
16 OGOS 2008 Perkahwinan anak saudara Puteri Jasila Suhana

Pengantin perempuan adalah merupakan anak sulung kepada kakak kedua saya yang menetap di Temerloh. Ini juga merupakan anak saudara yang pertama kami dan Insya Allah, jika ada rezeki, tahun depan, bakal bergelar datuk le pulak.
Majlis menyambut menantunya baru sahaja diadakan pada 14 Disember 2008 yang baru lalu di Subang, Selangor.
....dapat anak saudara ipar
25 OKTOBER 2008 Perkahwinan adik bongsu Wan Rohila

Pada tanggal ini, ketujuh-tujuh adik-beradik kami telah mempunyai keluarga memasing, menjadikan satu keluarga yang agak besar (7 adik-beradik, 7 abang, kakak dan adik ipar, 14 besan & 23 anak saudara).
....dapat adik ipar
 Pengantin, emak, adik-beradik, isteri & sebahagian anak saudara yang mengujudkan keluarga yang besar, bergambar kenangan.
Moga keluarga yang dibina akan menghasilkan keluarga yang sakinah dan memperolehi zuriat yang soleh dan solehah sebagai pelengkap kehidupan. Amin.
Posted at Sunday, December 21, 2008 by AWaS
| |
Tuesday, October 14, 2008 |
Ikan Paus terdampar di Pekan
Posted at Tuesday, October 14, 2008 by AWaS
 Perkahwinan adik bongsu (perempuan) - Wan Rohila Wan Said
Tarikh : 25hb. Oktober, 2008 Hari : Sabtu Tempat : No. 31, Kuala Tembeling, Jerantut, Pahang
Kepada pengunjung, sedara-mara, rakan taulan dijemput hadir bagi meraikan kedua-dua pengantin dan memeriahkan Majlis Perkahwinan tersebut.
p/s - yang lelaki tu bukan pasangannya, itu anak sedara.
Posted at Monday, October 13, 2008 by AWaS
| |
Thursday, October 09, 2008 |
Blog lama tak update!!!!
Mintak maaf lah ye... nak kata busy, tak jugak... ... nak kata malas, tak jugak... ... nak kata tak de bahan untuk dimuatkan, tak jugak... ... nak kata dah bosan, tak jugak... ........entahlah, tak tau nak bagi sebab musabah, naper lama tak update, tapi yang pastinya, aku selalu outstation, so fokus banyak ditumpukan kat hal-hal tersebut.
Untuk bulan Oktober ni, cuma minggu ni ajer aku ada kat opis, hari ni dah Khamis, tinggal esok ajer lagi...next week (13 - 17/10) kena gi HUKM Bangi lagi, lepas tu (20-23/10) akan bercuti di kampung..(eeleh, cuti lagi, tak cukup ke cuti raya dulu)...ni akan aku kupaskan lepas ni...and minggu terakhir bulan ni (27/10 - 1/11) ke HUKM Bangi lagi...itu le aku rasa sebab musababnya naper aku dah jarang update blog.
Apa-apa pun, sempena dengan lebaran tahun ni, aku nak letakkan lah juga gambar anak-anak aku yang berpakaian sedondong di pagi lebaran baru-baru ini. Tema tahun ni, berwajah ceria iaitu hijau kuning...
 perwira
 serikandi
 W. Aimi Izyan, W. Amni Iz'aan, W. Anis Syahmi, W. Jazli Naim & W. Raimi 'Azim
gambar mak dengan ayahnya tak de...sebab masing-masing pemalu...hehehe
Posted at Thursday, October 09, 2008 by AWaS
Posted at Monday, October 06, 2008 by AWaS
|